Wednesday, June 3, 2009

Stadium Runtuh..

Tak sampai seminggu Supermarket Jaya yang memang hendak diruntuhkan, runtuh secara tidak diingini, Stadium Sultan Mizan yang gah itu pula runtuh. Bezanya ini Stadium serba canggih yang menjadi kebanggaan negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Betapa malunya kita, itupun kalo masih ada sifat malu. Malu sebab adakah ini tahap 'Hadhari' kita. Semua tentu maklum stadium ini dibina sebaya dengan projek-projek mega yang 'tidak pernah dilihat' sebelumnya.

Nah sekarang, inilah tragedi yang tidak pernah dilihat di mana-mana pelosok dunia, stadium yang siap tak sampai setahun bumbungnya roboh. Apakah ini bermaksud ada masalah kronik dalam ketelusan pentadbiran yang tidak pernah dilihat?

Maklumat menunjukkan stadium ini masih dalam jaminan 2 tahun kontraktor yang berkenaan iaitu Bina Struktur Sdn Bhd, Emarcon Sdn Bhd dan Genggam Mercu JV. Kita lihat adakah mereka bertanggung jawab dalam kes ini. Alamat kontraktor berkaitan seperti berikut;
1) Bina Struktur Sdn Bhd Alamat :No. 1495 & 1496, Aras 1 Ibai Garden Landmark Jalan Tok Adis, Kuala Ibai 20400 Kuala Terengganu [-] Pegawai : Muhamad bin Ngah Telefon : 09-617 3241/6290 No. Faks : 09-617 3737
2) Emarcon Sdn. Bhd. Pegawai : Mohd. Adnan bin Mamat Telefon : 09-620 4040 No. Faks : 09-620 4042
3) Genggam Mercu Sdn. Bhd. Pegawai : Mohd. Noor b. Yahya Telefon : 09-617 2649 No. Faks : 09-617 5649

Apapun kita mahukan tragedi seperti ini tidak berulang lagi demi maruah negara tercinta.

Hebat Sangatkah Chin Peng


Chin Peng memang komunis atau bekas komunis. Komunis memanglah bunuh orang sebab mereka pasukan bersenjata yang berperang. Mereka pengganas sebab dichop sebagai pengganas ataupun memang ganas. Kerana mereka ganas, tiada siapa yang suka komunis. Maka orang pun tak suka Chin Peng kembali ke Malaysia sebab dia bekas Setiausaha Agung PKM. Tentulah golongan yang meluat sangat dengan Chin Peng adalah bekas-bekas perajurit yang menentang Komunis, mereka yang cedera akibat komunis, yang diseksa dan seumpamanya.

Timbul persoalan di sini, kenapa Chin Peng tidak boleh kembali?. Adakah kerana dia pernah mengganas atau pun kerana hendak menjaga hati golongan yang meluat padanya. Kita tahu askar-askar Jepun semasa menjajah Tanah Melayu juga ganas tapi tidak pula kedengaran bahawa bekas-bekas veteran askar Jepun tidak dibenarkan melawat Malaysia begitu juga dengan pemimpin British yang menjajah negara kita beratus-ratus tahun...

Bukankah Kerajaan Malaysia sendiri menandatangi perjanjian damai dengan PKM? Sedutan dari blog http://syukran.wordpress.com;

"Selepas Perjanjian Damai Haadyai dimeterai, Parti Komunis Malaya dibubarkan dan seramai 330 ahli PKM diterima kembali ke Malaysia dan menerima RM 8000 seperti yang dinyatakan oleh Chin Peng sebagai bayaran subsidi untuk mereka memulakan kehidupan baru, disamping turut diberikan RM300 sebulan selama 3 tahun untuk sara diri.

Malang betul nasib Chin Peng, beliau tidak dapat kembali ke Malaysia seperti 330 orang ahli PKM sebelumnya.

Ianya adalah satu tindakan yang double standard dan ditambah lagi dengan propaganda dendam pihak Kerajaan yang menyeret isu ini ke dalam masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa PKM pernah bertindak ganas satu ketika dahulu, cuma layanan yang berbeza terhadap pimpinan dan ahli PKM ini menimbulkan banyak pertanyaan.

Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh yang juga pimpinan utama PKM telah dibenarkan kembali ke Malaysia dan tinggal dinegara ini hingga akhir hayat mereka.

Kenapa pada waktu kedatangan mereka itu, kerajaan boleh terima dengan hati yang terbuka dan langsung tidak mengungkit soal kezaliman PKM. Malah mereka diberikan elaun dan subsidi sara diri pula.

Nampaknya ada agenda tersembunyi yang belum dijelaskan Kerajaan dalam hal ini. Isu fahaman komunis juga sudah tidak releven kerana generasi hari ini sudah terbuka dan menerima banyak maklumat. Generasi hari ini pun jelas menolak fahaman komunis dan Chin Peng sejak 1989 tidak lagi menyebarkan fahaman itu, malah hidup seperti orang biasa di Thailand.

Sesungguhnya kita tidak lupa akan kezaliman PKM, tetapi jangan biarkan hati kita buta kerana dendam. Setiap manusia melakukan kesilapan, soal simpati atau tidak adalah persepsi kita. Kita hormati dan ucapkan terima kasih pada semua pejuang negara.

Apa pun jua isu Chin Peng ini, kerajaan penuh tangani dengan bijaksana bukannya memainkan emosi rakyat dan dalam masa yang sama bersikap double standard pula."

Tidak perlulah kita bertindak seolah-olah Chin Peng terlalu hebat, sehingga pada penghujung usia beliaupun kita seolah-olah gerun padanya. Bukankah kerajaan kita biasanya bijak bertindak halus menangangi masalah remeh temeh seperti ini.