Wednesday, June 3, 2009

Hebat Sangatkah Chin Peng


Chin Peng memang komunis atau bekas komunis. Komunis memanglah bunuh orang sebab mereka pasukan bersenjata yang berperang. Mereka pengganas sebab dichop sebagai pengganas ataupun memang ganas. Kerana mereka ganas, tiada siapa yang suka komunis. Maka orang pun tak suka Chin Peng kembali ke Malaysia sebab dia bekas Setiausaha Agung PKM. Tentulah golongan yang meluat sangat dengan Chin Peng adalah bekas-bekas perajurit yang menentang Komunis, mereka yang cedera akibat komunis, yang diseksa dan seumpamanya.

Timbul persoalan di sini, kenapa Chin Peng tidak boleh kembali?. Adakah kerana dia pernah mengganas atau pun kerana hendak menjaga hati golongan yang meluat padanya. Kita tahu askar-askar Jepun semasa menjajah Tanah Melayu juga ganas tapi tidak pula kedengaran bahawa bekas-bekas veteran askar Jepun tidak dibenarkan melawat Malaysia begitu juga dengan pemimpin British yang menjajah negara kita beratus-ratus tahun...

Bukankah Kerajaan Malaysia sendiri menandatangi perjanjian damai dengan PKM? Sedutan dari blog http://syukran.wordpress.com;

"Selepas Perjanjian Damai Haadyai dimeterai, Parti Komunis Malaya dibubarkan dan seramai 330 ahli PKM diterima kembali ke Malaysia dan menerima RM 8000 seperti yang dinyatakan oleh Chin Peng sebagai bayaran subsidi untuk mereka memulakan kehidupan baru, disamping turut diberikan RM300 sebulan selama 3 tahun untuk sara diri.

Malang betul nasib Chin Peng, beliau tidak dapat kembali ke Malaysia seperti 330 orang ahli PKM sebelumnya.

Ianya adalah satu tindakan yang double standard dan ditambah lagi dengan propaganda dendam pihak Kerajaan yang menyeret isu ini ke dalam masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa PKM pernah bertindak ganas satu ketika dahulu, cuma layanan yang berbeza terhadap pimpinan dan ahli PKM ini menimbulkan banyak pertanyaan.

Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh yang juga pimpinan utama PKM telah dibenarkan kembali ke Malaysia dan tinggal dinegara ini hingga akhir hayat mereka.

Kenapa pada waktu kedatangan mereka itu, kerajaan boleh terima dengan hati yang terbuka dan langsung tidak mengungkit soal kezaliman PKM. Malah mereka diberikan elaun dan subsidi sara diri pula.

Nampaknya ada agenda tersembunyi yang belum dijelaskan Kerajaan dalam hal ini. Isu fahaman komunis juga sudah tidak releven kerana generasi hari ini sudah terbuka dan menerima banyak maklumat. Generasi hari ini pun jelas menolak fahaman komunis dan Chin Peng sejak 1989 tidak lagi menyebarkan fahaman itu, malah hidup seperti orang biasa di Thailand.

Sesungguhnya kita tidak lupa akan kezaliman PKM, tetapi jangan biarkan hati kita buta kerana dendam. Setiap manusia melakukan kesilapan, soal simpati atau tidak adalah persepsi kita. Kita hormati dan ucapkan terima kasih pada semua pejuang negara.

Apa pun jua isu Chin Peng ini, kerajaan penuh tangani dengan bijaksana bukannya memainkan emosi rakyat dan dalam masa yang sama bersikap double standard pula."

Tidak perlulah kita bertindak seolah-olah Chin Peng terlalu hebat, sehingga pada penghujung usia beliaupun kita seolah-olah gerun padanya. Bukankah kerajaan kita biasanya bijak bertindak halus menangangi masalah remeh temeh seperti ini.

No comments:

Post a Comment