Sunday, September 5, 2010

1 Malaysia Sepakat Menjana Transformasi Politik Sosial Ekonomi

Sengaja ditokok perkataan 'Sepakat' dan 'Politik Sosial Ekonomi' pada tema hari kebangsaan 2010, kerana itulah yang perlu rakyat Malaysia mesti lakukan untuk mencapai kemerdekaan sebenar. Merdeka bukanlah sifatnya statik sekadar merdeka daripada penjajahan British yang ratusan tahun itu tapi merdeka daripada sesesiapa sahaja yang menjajah hatta merdeka daripada dogma tanggapan kita sendiri. Kerana kadang-kadang apa yang kita fikirkan selama ini benar bukanlah semestinya benar dan sebaliknya.

Lebih 50 tahun BN mentadbir negara ini. Sama ada ditafsirkan sebagai sebagai berjaya atau gagal, hakikatnya adalah apa yang rakyat dapat pada hari ini. Kalau rakyat hanya ingin jalan raya, bekalan elektrik, air paip dan telefon, bolehlah kita katakan pemerintahan cara BN ini amat gemilang. Tetapi sekiranya rakyat inginkan taraf hidup yang lebih tinggi seperti misalnya rakyat Korea Selatan yang dahulunya setaraf atau lebih rendah dari Malaysia maka jelaslah BN memang gagal memajukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment